BAHAN BAHAN
BAHAN TAMBAHAN
- 500gram – Tepung Jagung
- 1 cup – Buttercup
- 1/2 tin- Susu Pekat
BAHAN TAMBAHAN
Untuk bahan tambahan ini jika tiada pun tak apa, ianya hanya ditambah untuk menyedapkan lagi biskut susu ni
- 1 sudu kecil – Esen Vanilla
- Coklat Chip
CARA PENYEDIAAN
- Pastikan buttercup berada dalam keadaan suhu bilik
- Masukkan buttercup kedalam bekas dan susu pekat (ikut pada kemanisan yang korang nak)
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung
- Masukkan Esen vanilla dan coklat chip
- Adunkan bahan tersebut sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan. ( biarkan seketika selepas adunan siap)
- Buatkan doh kecil-kecil diatas dulang pembakar.
- Tekan doh menggunakan hujung garfu Bakar pada suhu 170C selama 15 minit.
No comments:
Post a Comment