Friday, March 22, 2019

RESEPI KEK LAPIS CHESSE OREO

BAHAN BAHAN
450g Mentega Berkualiti
240 g gula halus (sudah dikurangkan)
2 sudu ovalette
250 g cream cheese
10 Biji Telur
5 sudu makan susu pekat
250 gm tepung hong kong
50 g tepung aiskrim vanilla
1 oz air sejuk (peti ais) / 25 ml
Sedikit cheddar utk lapisan atas sekali (ikut kesukaan)/ Untuk setiap lapisan oreo
3 bungkus oreo di buang inti

CARA PENYEDIAAN
Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukan ovalate pukul sampai sebati,

Masukan cream cheese pukul smpai sebati

Masukan telur satu persatu dan Masukan susu pekat sampai sebati

Masukan tepung hong kong, tepung aiskrim vanila sebatikan lepas tu Masukan air sejuk pukul sampai sebati

SETIAP 3 LAPISAN LETAK OREO DAN PARUTAN CHEESE CHEDDAR

1 lapisan bersamaan 7 sudu makan (1 cawan kecil)
Panaskan Oven Suhu 160 C 10 minit
*ikut kesesuaian oven masing-masing
Untuk Lapisan pertama bakar GUNA API ATAS BAWAH

Lapisan Kedua hingga Habis Guna API ATAS SAHAJA
Setiap lapisan mengambil masa 7-10 minit utk masak

No comments:

Post a Comment