Friday, March 22, 2019

RESEPI AYAM PANGGANG SERAI


BAHAN BAHAN
  • 1 kuntum bunga kantan - hiris nipis
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan daun kesom
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 ulas bawang kecil - hiris nipis
  • 1 sudu kecil serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder) - resepinya ada diwall saya ye..
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar)- kalau takde boleh ganti dengan gula perang
  • 1 sudu sudu besar pes asam jawa adabi- cairkan dgn sedikit air panas
  • 2 sudu besar thai chilli flakes
  • 3 biji limau nipis- ambil perahan jusnya sahaja
  • 1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung - optional

CARA CARA
  • Satukan semua bahan2.. kacau sebati.. sesuaikan rasa.. siap utk dihidang bersama daging bakar..
  • Ayam Panggang Serai
  • 1 ekor ayam - size sederhana jgn besar sangat ( ikut suka nak panggang bulat @ nak kerat 4)

BAHAN BAHAN PERAP
  • 7 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 3 batang serai- hiris nipis2, kemudian tumbuk halus
  •  3 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil cajun
  • 4 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 biji perahan limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Aji- optional

CARA CARA
  • Satukan dan gaul sebati bahan2 perap.. kemudian lumurkan rata2 pada ayam..
  • Perap ayam paling kurang 4 jam atau perap semalaman dalam peti sejuk..
  • Setelah masa perapan cukup, bakar ayam pada suhu 200c selama 1 jam 20min atau sehingga ayam cukup masak..
  • Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment