Friday, March 22, 2019

RESEPI PENGAT PISANG

BAHAN BAHAN
  • 3 biji pisang tanduk
  • 1/2 cawan sagu biji- cuci dan rendamkan dalam 3 minit
  • Air secukupnya untuk merebus pisang dan sagu

BAHAN KUAH
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 3 sudu besar gula merah +1/2 cwn air, gaul rata dan tapiskan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan- di simpulkan

CARA MASAK
  • Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang tanduk sehingga separuh masak. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Jangan rebus terlalu lama.
  • 2Sementara itu, dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yang telah direndamkan tadi. Masak hingga jernih semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.
  • Di dalam periuk yang lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yang sudah ditapis tadi dan gula pasir. Masak hingga hampir mendidih.
  • Masukkan pisang tadi, sagu dan daun pandan. Gaul sebati. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah.
  • Biarkan mendidih seketika. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah dihidangkan.
  • Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment