Monday, April 09, 2018

RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN

Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng.

Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur. 


RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN
BAHAN BAHAN

1 mangkuk nasi putih sejuk ~ yang telah di peroi
1 keping ikan masin atau ikan jeruk ~ tenggiri atau kurau di siat-siat atau di hiris nipis
5 ulas bawang merah ~ di kisar atau di tumbuk halus
3 ulas bawang putih ~ di kisar atau di tumbuk halus
10 biji cili padi ~ di kisar atau di tumbuk halus (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar ~ kicap cair atau stock ikan
garam secukup rasa
1 kiub ikan bilis ~ jika suka
2 butir telur
lobak merah ~ di hiris
Sayur sawi ~ di hiris jika suka
Daun sup dan daun bawang ~ jika suka
Cili merah ~ hiris nipis sebagai hiasan
Sayur-sayur ni terpulanglah nak letak sayur apa bersesuaian dengan selera

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang di kisar atau di tumbuk tadi

Masak atau tumis hingga garing dan harum. Masukkan ikan masin gaul rata

Tambahkan sos tiram dan stock ikan, Jika tak ada stock ikan boleh gantikan dengan kicap cair.

Boleh tambahkan kiub ikan jika suka. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Hati-hati di dalam penggunaan garam kerana ikan masin, sos tiram dan stock ikan juga mengandungi garam. Kemudian masukkan nasi

Gaul semuanya rata

Akhir sekali bolehlah kalau nak letak sayur-sayuran

Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. Kocok sedikit telur bersama sedikit garam

Tuang dalam kuali leper dan dadarkan nipis. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidang

Letakkan nasi goreng ikan masin di atasnya. Sedia di hidangkan bersama sos cili atau sambal belacan jika suka


No comments:

Post a Comment