Nasi ialah beras yang telah direbus dan ditanak. Penanakan
diperlukan untuk membangkitkan aroma nasi dan membuatkannya lebih lunak tetapi
tetap terjaga konsistensinya. Penanakan nasi dengan air berlebihan dalam proses
perebusannya akan menghasilkan bubur. Di Asia dan Amerika Latin, nasi biasanya
dimasak menggunakan periuk nasi elektrik.
RESEPI
NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH DAN KUAH
BAHAN BAHAN NASI
KUKUS
4 cawan beras
3 cawan air
2 helai daun pandan - simpul
CARA MEMASAK NASI KUKUS
cuci bersih beras kemudian rendam sekejap dan toskan.
selepas tu didihkan air dalam dalam pengukus dan masukan daun pandan simpul
agar rasanya lebih sedap.
kukus beras selama kurang lebih 25 menit atau samapi
beras dah sepraruh masak. selepas itu keluarkan beras dari dalam pengukus dan
rendam beras dengan air sehingga air rendaman menjadi sejuk (agar lebih cepat
sejuk tukar selalu air rendaman )
kukus kembali beras tadi selama 10 - 15 minit sahaja.
selanjutnya, keluarkan beras dan gaul dengan air 3 cawan dan biar sampai air
tersebut menyerap masuk ke dalam beras.
kukus kembali hingga nasi masak selama 15 minit. dan nasi kukus
dah siap sekarang kita memasak yang lain.
AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN PERAP
6 ketul ayam - perasakan dengan garam dan kunyit
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit oregano (xboh pun xpe)
minyak untuk menggoreng
BAHAN KISAR
gaul ayam dengan semua bahan perap tadi kecuali minya
sahaja. selepas itu masukan bahan kisar dan gaul sebati
perap ayam tadi selama 1 jam tapi lebih lama lagi
sedap. kemudian goreng ayam perap dengan api sederhana.
KUAH KARI
6 cm halia muda - kisar
4 ulas bawang merah - kisar
3 batang serai - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
CARA MEMASAK AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
2 biji bawang besar
2 sudu besar cili kisar
2 tangkai daun kari
5 biji tomato
1 cm kunyit hidup
1 peket rempah kari
1 keping asam keping
potongan kecil ayam 1 mangkuk (boleh guna tulang ayam)
1 kuntum bunga lawang
stok daging ayam lebih kurang 2 liter
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
CARA MEMBUAT KUAH KARI
kisar kunyi hidup, tomato, dan bawang besar
menggunakan pengisar makanan dan campurkan sebagahagian hasil kisaran dengan
kuah kari.
panaskan minyak dalam periuk dan tumis bunga lawang,
daun kari, dan kayu manis dan masukan campuran rempah kari dan masak hingga
garing. selepas itu masukan cili kisar.
masukan lebihan kisaran tomato dan bawang tadi dan
masak hingga garing. kemudian masukan stok daging dan masak sehingga mendidih.
masukan garam, gula, asam keping, dan ayam. masak sehingga mendidih dan sedikit
pekat. terakhir perasakan secukupnya
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN
4 biji bawang merah
3 biji cili merah
1 inci belacan
3 ulas bawang putih
garam dan gula secubit
perhan jus limau kasturi
setengah genggam ikan bilis
2 sudu minyak
10 biji cili padi
CARA MEMBUAT SAMBAL BELACAN
belah cili padi menjadi 2 bahagian agar saat digoreng
tidak meletup dan potong bawang
panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis,
cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau hingga layu je.
angkat dan masukan dalam lesung. tambahkan dengan
limau kasturi yang telah dipotong-potong, sedikit gula dan garam. selepas tu
tumbuk semua bahan tadi di dalam lesung.
Terakhir sekali, hidangkan sebagai pencicah ngan
ulam-ulaman atau ngan ikan masin dan sayur bening.
No comments:
Post a Comment