Tuesday, December 01, 2020

IKAN TALAPIA MASAK PEDAS THAI


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan talapia
1sdb sos ikan
1sdb cili kisar (ni sy tambah)
1sdb thai cili paste (ni sy tambah)
5ulas bawang putih - cincang halus2
7-8biji cili padi hijau -hiris
1biji cili merah -cincang halus2
Sedikit garam
Sedikit gula
1cwn air
Daun limau purut (saya tambah)
Halia -hiris (yg ni sy tambah)
1sudu olive oil -guna minyak masak pun boleh


PROSES PENYEDIAAN
Ikan talapia salut dgn kunyit dan garam lepas tu goreng..ketepikan.Bahan cincang bawang, cili merah, cili padi, halia, ditumis.

Masukkan satu sudu cili kisar, 1sudu pes cili thai, tambah sikit sos cili thai.tambah dengan air, masak hingga mendidih (kalau ikut video asal, dia x tmbah air, x ltk cili kisar @ thai cili pes, cuma gune minyak saje utk berkuah. Tpi ni sy adjust sendiri).

Seterusnya masukkan lime juice, sos ikan, daun limau purut. Masak lagi hingga kuah agak pekat. Last sekali masukkan gula n garam secukup rasa.Siap, tutup api curah atas ikan

SOTONG MASAK TINTA @HITAM

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN-BAHAN :

  • Beberapa ekor sotong
  • 1 labu bawang besar (hiris bulat) *
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk) *
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk) *
  • 1/2 inci halia (tumbuk kasar) *
  • 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk) * atau sedikit serbuk kunyit
  • 1 batang serai
  •  cili hidup/padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menumis

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Potong sotong ikut suka masing-masing.
  • Bersihkan macam biasa tapi dakwatnya jangan dibuang.
  • Kemudian tos dan ketepikan.
  • Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan bertanda * serta serai.
  • Kemudian masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
  • Kemudian masukkan sotong
  • Tunggu sampai sotong keluar air.
  • Kemudian campakkan cili dan sedikit garam.
  • Siap.

Wednesday, September 16, 2020

IKAN TALAPIA MASAK KARI

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan Talapia
1 paket kecil rempah kari
1 sudu besar halba campur
1 tangkai daun kari
Sedikit serbuk cili/cili kisar - jika suka pedas
1 kepal asam jawa
1 kotak santan kotak + 3 kotak air
Garam

BAHAN HIRIS:
2 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN LAIN:
8 batang kacang bendi
1 biji tomato buah
2 tangkai cili hijau - belah 2

CARA CARA:
Panaskan minyak yang banyak dan tumis cili padi, bawang putih dan bawang merah yang dihiris dan halba campur. Bila minyak banyak, baru minyak akan timbul ketika dimasukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja kari nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.

Masukkan rempah kari kering yang tidak dibancuh dengan air. Kacau laju laju dalam 1-2 minit sebelum dimasukkan sedikit air. Masak lama lama dengan api perlahan sehingga rempah garing dan pecah minyak.

Setelah rempah terbit minyak, baru masukkan daun kari, santan dan air asam jawa. Perlahankan api. Kena selalu dikacau sehingga mendidih supaya kuah cantik dan tidak berketul.

Bila mendidih, masukkan ikan. Setelah ikan hampir masak, masukkan bendi, tomato dan cili hijau.

Perlahankan api dan biarkan mereneh sehingga ianya pecah minyak. Jika perlu, boleh keluarkan ikan terlebih dahulu sementara kuah terbit minyak.

Masukkan garam. Rasa garam harus seimbang dengan rasa masam. Paling penting, biarkan kuah kari ada sedikit rasa masam barulah rasanya lebih sedap. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

IKAN TALAPIA MASAK LEMAK KENCUR @ CEKUR

BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan talapia (goreng dengan garam kunyit terlebih dahulu)
6 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
10 biji cili api *
6 biji ubi cekur *
5 helai daun cekur (dihiris halus)
Santan pekat
3 keping asam keping
Garam secukup rasa
* ditumbuk halus

Ikan talapia digoreng terlebih dahulu

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang di tumbuk halus tadi hingga naik bau dan garing.

2. Kemudian masukkan sedikit air, santan pekat, asam keping, garam dan hirisan daun cekur tadi.

3.Biarkan mendidih dan kuah menjadi pekat,baru dimasukkan ikan talapia yang digoreng tadi.

4.Biarkan mendidih seketika dan bolehlah ditutupkan api. Hidangkan.

IKAN TALAPIA MASAK SAMBAL


BAHAN-BAHAN:
1. Ikan talapia 2-3 ekor
2. Lada kecik sengenggam 
3. Bawang besar 1 biji
4. Bawang putih 4 ulas
5. Halia 1 inci
6. Garam
7. Gula

CARA MEMASAK
1. Goreng ikan talapia sehingga garing. Gunakan api yang perlahan. Bagi yang pertama kali nak belajar goreng ikan tu, korang kena la bubuh garam dan kunyit dekat ikan talapia tu.. Sat lagi tak sedap pulak ikan korang. Tawar jer rasa.. hihi.

2. Bila dah siap goreng tu korang ketepikan dulu. Now proses nak masak sambal pulak. Cara dia mudah je, korang tumbuk bawang besar, bawang putih, lada kecik dan halia. Kemudian tumis dalam kuali.  siap



Sunday, February 09, 2020

TALAPIA GORENG BERLADA


BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan talapia merah saiz besar
garam & serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
1 ketul sebesar bola pingpong asam jawa
Garam & gula secukup rasa
minyak secukupnya
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat

BAHAN KISAR/TUMBUK
10 biji cili merah
5 biji cili padi merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

CARA MENYEDIAKAN
Ikan dibersihkan & dikelar. Larutkan asam jawa dalam sedikit air dlam bekas yang muat untuk merendam ikan tadi. Masukkan ikan talapia yang sudah bersih & rendam anggaran 30 minit.

Sementara itu boleh sediakan bahan sambal. Tumiskan bahan kisar hingga garing. Masukkan garam & gula secukup rasa. Tambah asam gelugur & sedikit air jika terlalu kering. Bila dah secukup rasa bolehlah masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau2 sikit boleh matikan api.

Ikan yang direndam tadi boleh dicuci bersih. Lumur dengan serbuk kunyit & garam hingga rata. Goreng hingga garing kedua2 belah. Oleh kerana ikan tu besar gorenglah sekor2 ye. Bila ikan dah masak bolehlah masukkan dalam kuali sambal lada tadi & gaul rata.

 Boleh juga letakkan ikan goreng dalam pinggan hidangan kemudian tuangkan sambal di atas ikan rata2. Ikut je mana yang anda suka.



Saturday, September 28, 2019

RESEPI KERABU SOTONG

BAHAN BAHAN
1 kg sotong
3 biji mangga muda sederhana besar
1 labu bawang besar
3 btg serai -ambil bahagian ubinya sahaja
1 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi jika nak pedas
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos ikan -jika suka

CARA PENYEDIAAN

  • Sotong dibuang kulit dan potong kecil. Cuci dan toskan.
  • Masukkan sotong ke dlm kuali, masak sekejap hingga keluar air sotong.
  • Bila masak angkat dan toskan. Bahan bahan lain dimayang halus.
  • Di dalam mangkuk besar, masukkan sotong dan bahan bahan mayang kemudian gaul sekata.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.

RESEPI KERABU TOMATO

BAHAN BAHAN
3 biji buah tomato 
1 biji bawang besar - dipotong nipis
2 biji cili merah *
3 biji cili padi * (Pilihan jika suka pedas)
Sedikit belacan & garam *
1 sudu kecil gula

CARA MEMBUAT

  • Buah tomato dipotong nipis-nipis & masukkan kedalam satu bekas. Ketepikan.
  • Tumbuk bahan-bahan bertanda* sehingga lumat. (Seeloknya  tumbuk dengan lesong batu...jangan guna blander)
  • Masukkan bahan tumbuk ini kedalam bekas tomato tadi.
  • Masukkan juga bawang besar yang telah dihiris, bersama dengan gula.
  • Gaulkan tomato, kemudian simpan tomato dalam peti sejuk, supaya dia sebati.
  • Simpan sekurang-kurangnya 20 minit.
  • Hidangakan kerabu tomato nie bersama nasi putih panas-panas atau
  • enak dimakan bersama nasi tomato. 


RESEPI GULAI SIAM


Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang. 



BAHAN BAHAN
600 gm daging
20 tangkai cili kering
10 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan    
1 biji kelapa
Sedikit terung pipit
3 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
10 biji lada hitam

PROSES PENYEDIAAN

  • Daging dibersih & dipotong kecil-kecil. Kemudian digaul dengan serbuk kunyit & garam. Diperap 10 minit. Serai, lengkuas, cili, bawang merah, bawang putih, lada hitam & belacan digiling sampai halus.
  • Kelapa diambil secawan pati & semangkuk santan cair. Masukkan daging, bahan-bahan yang digiling & santan cair ke dalam periuk & jerang di atas api.
  • Bila daging empuk, masukkan terung pipit, daun limau purut, cili hijau & pati santan. Bila terung empuk rasa garamnya, baru diangkat.

RESEPI KERABU KERANG

BAHAN BAHAN
1 kg kerang
2 biji limau nipis - perah ambil jus
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
Air asam jawa - biar pekat sikit
Garam
Serbuk perasa
Tomato cherry - belah 2
Daun ketumbar - hiris 

BAHAN DITUMBUK
4 tangkai cili padi hijau
4 tangkai cili padi merah
3 ulas bawang putih

PROSES PENYEDIAAN
Kerang dibasuh bersih. Masakkan air hingga mendidih. Selepas mendidih, baru dimasukkan kerang dan dikacau dalam beberapa minit. 

Kemudian tuang ketulan ais ke dalamnya. Kacau lagi dalam 20-30 saat. Buang air dan tinggalkan ketulan ais sahaja. Tutup api dan bolehlah dikopek kerang. Itu petua untuk menjadikan kerang kita tidak kecut.

Masukkan semua bahan lain dalam bahan tumbuk. Gaul rata. Gaul kerang dengan semua bahan di atas.

Akhir sekali, masukkan buah tomato dan daun ketumbar serta tabur sedikit serbuk perasa, jika suka. Siaaap.

RESEPI KERABU PUCUK PAKU

BAHAN BAHAN
1 ikat pucuk paku
1 sudu besar udang
5-6 tangkai cili api, dihiris nipis
sedikit belacan
sedikit kerisik
4 ulas bawang kecil, dihiris nipis
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
Rendam udang kering, keringkan air dan tumbuk bersama belacan yang dipanggang.

Celur pucuk paku dalam air panas selama 2-3 minit, angkat dan toskan.

Gaulkan pucuk paku bersama bahan tumbuk, cili api, kerisik, dan santan serta garam secukup rasa.

RESEPI KERABU AYAM

BAHAN-BAHAN:
300 gm isi ayam
1 labu bawang besar – hiris
3 biji tomato -hiris
10 tangkai cili padi – hiris
5 helai daun limau purut – hiris
½ biji timun – buang empulur danpotong panjang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka @ air limau nipis @ air asam jawa
Garam & gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Rebus isi ayam sehingga masak dan toskan.

Selepas itu, carikkan isi ayam dan gaul rata bersama bawang besar, cili padi, daun limau purut dan timun.

Kemudian masukkan cuka, sos cili, garam dan gula. Gaul sebati.


RESEPI KERABU BUAH PELAM

BAHAN-BAHAN:
2 biji Mempelam (separuh masak)
5 biji cili padi (dimayang)
3 biji Bawang merah (dimayang)
Sedikit Udang kering
Sedikit Kacang tanah (ditumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN
Mempelam dihiris nipis memanjang (boleh juga di sagat memanjang).

Tumbuk sedikit cili bersama udang kering.

Kemudian, gaulkan kesemua bahan tadi didalam bekas sehingga rata.

Masukkan gula dan garam. Gaul rata dan sesuaikan rasa pedas dan manis.

RESEPI KERABU SARE

BAHAN-BAHAN:
200 gm sare – rendam 8 jam

BAHAN KISAR
8 tangkai cili kering – kisar
6 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
1 cm halia – kisar
1 cawan santan pekat
½ sudu besar budu
3 sudu kecil minyak masak
1 sudu kecil cuka

BAHAN SAMBAL KELAPA
½ biji kelapa parut
5 tangkai cili merah – hiris
1 ekor ikan kembung – rebus ambil isi
1 cm halia
½ sudu kecil garam

PROSES PENYEDIAAN

  • Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga naik bau dan terbit minyak.
  • Masukkan budu dan cuka. Kacau sebati.
  • Masukkan santan dan kacau hinggapekat.Ketepikan.

UNTUK MEMBUAT SAMBAL KELAPA

  • Sangai kelapa hingga bertukar warna keperang-perangan.
  • Tumbuk ikan rebus bersama garam dan halia.Gaul kelapa, cili merah dan ikan yang telah ditumbuk rata.
  • Hidangkan bersama kuah tumisan dan kerabu sare.
  • Gaulkan sambal kelapa, kuah tumis dan sare.

RESEPI KERABU TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:

Telur masin (dalam 2-3 biji) (Direbus)

1 biji bawang merah besar (hiris halus)
3 biji cili padi (potong halus) 
2 batang serai (hiris halus)
1 batang bunga kantan (hiris halus)
3 kacang botol (hiris halus)
1 tomato (dipotong)
3 biji limau kasturi (ambil jus)
1 tangkai daun ketumbar/daun pudina (hiris halus)
Gula

PROSES PENYEDIAAN

  • Mula2 masukkan bawang, kacang botol,tomato, cili, serai & bunga kantan yg telah dihiris halus ke dalam mangkuk besar
  • Tambahkan jus limau kasturi & gula. Gaul sebati.
  • Telur masin yg telah direbus dihiris halus, kemudian campurkan ke dalam mangkuk besar tadi.
  • Gaulkan sambil melenyek sedikit telur masin tadi bersama bahan2 lain. Taburkan daun ketumbar/daun pudina.
  • Sedia dihidang.


RESEPI KERABU UDANG

BAHAN-BAHAN:
600 gm udang  -  dibelah belakang

500 gm taugeh
Sedikit kacang panjang - potong kecil
3 biji cili merah - dipotong memanjang
3 biji cili hijau - dipotong memanjang
5 batang serai dihiris nipis
100 gm cili padi - dihiris nipis
10 gm daun ketumbar - dihiris nipis
3 biji limau nipis - diperah jus
1 biji tomato
10 gm sambal belacan
sedikit sos ikan

PROSES PENYEDIAAN
Udang dan taugeh dicelur sekejap. Toskan.

Gaulkan dengan bahan yang dipotong dan hiris, campurkan jus limau , sambal belacan, sos ikan dan garam secukupnya hingga rata.

siap untuk dinikmati bersama nasi putih yang masih panas panas.


RESEPI KERABU PEGAGA

BAHAN BAHAN
1 cekak daun pegaga
1 cawan kelapa parut putih
1/2 bawang besar
1/2 biji limau nipis
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 sudu santan pekat

BAHAN TUMBUK
5 cili padi merah
sikit belacan
1 genggam ikan bilis/udang kering

PROSES PENYEDIAAN
Basuh dan hiris daun pegaga

Dalam bekas besar masukkan daun pegaga,garam,gula,bahan tumbuk dan gaul rata

Tambah santan pekat dan perahkan limau dan  sesuaikan rasa