Nasi ulam adalah hidangan nasi
kukus dicampur dengan pelbagai herba, terutama daun pegaga atau sering
digantikan dengan ruku-ruku, sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan
pelbagai hidangan sampingan. Hidangan ini adalah ciri masakan Melayu dengan
banyak variasi dan lazim dijumpai dalam Malaysia, Indonesia dan Thailand
selatan. Nasi ulam di Malaysia terdiri daripada beras dimasak sejuk yang
dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus, bawang dan
lain-lain. Kerisik dan rempah lain juga ditambah. Kadang-kadang ikan goreng
cincang dicampur masuk.
Di Indonesia, ulam nasi boleh
didapati di kalangan suku Betawi (orang asli Jakarta) masakan serta orang
Melayu Sumatera dan Bali. Di Jakarta terdapat dua jenis nasi ulam, yang basah
(pekat) nasi ulam utara dan tengah Jakarta, dan satu kering di selatan Jakarta.
Di Indonesia, ulam nasi biasanya rempah ratus dengan herba ruku-ruku, cili dan
ditaburi dengan kacang butir, kerisik atau serundeng. Pelbagai hidangan
tambahan lain sering ditambah di atas ulam nasi, seperti dendeng, telur dadar,
bergedil, tauhu goreng atau tempe, dan krupuk.
RESEPI NASI ULAM
BAHAN BAHAN
3-4 pot beras - masak & sejukkan (masak jadi nasi
ye bukan bubur)
1 ketul ikan tenggiri
masin - digoreng & ditumbuk separa hancur
2 labu bawang merah -
hiris nipis
1 batang bunga kantan
- hiris nipis
2 batang serai -
hiris nipis (putih saja)
1½ camca lada hitam -
ikut sesedap rasa (beta suka lebih)
2 camca kerisik
Garam secukup rasa
Ulam-ulaman :
Ulam raja
Pucuk mengkudu
Pucuk ubi
Pucuk gajus
Pucuk jambu
Pucuk mangga
Pucuk pegaga
Daun kaduk
Daun kunyit
Daun kesum
Daun selom
Daun limau purut
Daun lemuni
dan segala pucuk yang
boleh.
CARA PENYEDIAAN
Nasi disejukkan. Selepas itu lada hitam tadi dikisar
kering. Taburkan segala ikan masin, lada hitam, ulam, bawang, serai & bunga
kantan.
Seterusnya perasakan dengan garam. Nasi ulam ni boleh tahan hampir
seminggu kalau letak dalam peti ais. (tusebab daun tu kena keringkan sikit).
Tips - Kalau nak bagi sekata, campurkan dulu ulam2 tu
dengan ikan tadi, gaul sehingga rata dalam satu bekas sebelum digaul dengan
nasi.
No comments:
Post a Comment