Acar adalah sejenis hidangan Malaysia yang terdiri daripada bahan-bahan yang dijeruk. Sayur-sayuran keras, atau buah-buahan jeruk disatukan menjadi suatu hidangan yang tersendiri. Ada acar yang dimasak, manakala ada acar yang dibuat seperti gaya rojak atau salad. Acar biasanya dijadikan lauk sampingan bagi hidangan nasi, misalnya nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani. Disebabkan terdapat pelbagai pengaruh masakan kaum di Malaysia, acar sudah berkembang dan meranting mengikut variasi kaum, terdapat pelbagai jenis acar, mengikut selera kaum masing-masing.
B AHAN BAHAN
300 gram isi ikan masin
10 biji cili padi merah atau hijau
1 camca besar penuh gula melaka
2 tangkai daun kari - dilurut
7 - 10 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
2 camca besar gula atau secukupnya
secubit garam
cuka secukupnya
BAHAN
KISAR KERING
1 camca teh halba
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh biji sawi
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
BAHAN
KISAR HALUS
1 inci halia
2 camca besar cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 bawang besar
PROSES
MASAK
1. Potong isi ikan masin berbentuk memanjang atau saiz sederhana
kemudian rendam selama lebih kurang 1 jam tapi ganti selalu air rendaman setiap
20 minit. goreng isi ikan kurau hingga setengah masak dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dengan anggaran 1/2 cawan dan tumis
bahan kisar halus bersama daun kari hingga naik bau. ketika menggoreng gunakan
api kecil dan kacau selalu. selepas tu masukan semua bahan rempah yang dikisar
kering tadi dan kacau. masak hingga harum.
3. Masukan cuka bersama gula pasir dan gula melaka. kacau hingga rata
dan biarkan mendidih. tambah cili padi, ikan masin, bawang putih, dan bawang
merah. kemudian gaul hingga rata dan tambahkan sedikit air.
4. Masak hingga pekat dan perasakn dengan garam secukupnya dan bila
anda ingin agak manis boleh tambahkan sedikit gula. bila sudah masak angkat dan
hidangkan bersama nasi panas-panas.
No comments:
Post a Comment