B AHAN
BAHAN
1.5kg daging batang pinang dipotong kecil.. Basuh dan toskan
1 bungkus sup bunjut
3 biji kentang dipotong 4
1/2 biji karet dipotong ikut suka
Daun sup bawang potong kecil
Bawang goreng
BAHAN
TUMIS:
7 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
2 inci halia*
3 batang akar pokok daun sup*
2 batang serai dititik
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
2 sudu lada hitam biji.. Tumbuk lumat
Garam & aji
PROSES
MASAK
1. Rebus daging bersama sup bunjut dalam periuk.. dengan api perlahan.
2. Tumbuk bahan2 yang bertanda (*).. panaskan minyak dalam kuali.. tumiskan
bahan yang telah ditumbuk dan bahan2 untuk
ditumis yang lain hingga kekuningan.. tutup api.
3. Masukkan bahan tumis kedalam periuk daging.masak daging hingga lembut..
rasa garam dan aji secukup rasa.
4. Masukkan kentang.. bila kentang dah lembut masukkan pula lobak.
5. Hidangkan sup dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup bawang dan
bawang goreng.
No comments:
Post a Comment