Ayam goreng ialah
daging ayam yang dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng
kuali atau digoreng tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil
menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau
dikupas kulitnya, atau sebaliknya.
Ayam goreng paling
banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan
yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak
dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu
memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil
memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup
RESEPI AYAM GORENG POPCORN
BAHAN BAHAN
500 gm dada ayam |
dipotong dadu
2 ulas bawang putih|
dikisar
½ sudu teh garam
¼ sudu the serbuk
lada hitam
½ cawan tepung
2 ½ cawan emping
jagung | dikisar kasar
¼ sudu teh paprika
¼ sudu teh serbuk
lada sulah
¼ cawan mentega
2 biji telur |
dipukul
3 cawan minyak masak
PROSES MEMASAK
Masukkan ayam, bawang
putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama
30 minit. Ketepikan seketika.
Di dalam mangkuk
berlainan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada
sulah. Gaul rata.
Ambil ayam dan
gaulkan di dalam mangkuk tepung hingga rata.
Kemudian celupkan ke
dalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung tadi.
Panaskan minyak masak
dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.
Apabila minyak telah
panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga
habis.
Toskan minyak dan
sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment