Thursday, November 02, 2017

RESEPI AYAM KABSAH

Masakan Arab ditakrifkan sebagai pelbagai masakan serantau di Dunia Arab yang menjangkau dari Maghribi dan Tunisia ke Yaman dan Somalia, dan menggabungkan Levant, Mesir dan yang lain. Ia juga dipengaruhi ke suatu tahap oleh masakan Turki, Afghanistan, Iran, India, Barbar dan budaya-budaya lain rantau itu sebelum Arabisasi kebudayaan dibawa oleh orang Arab mengikut salasilah sewaktu

RESEPI AYAM KABSAH
.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam – potong 4 dan rebus hingga 3/4 masak
4 atau 5 sudu besar – *rempah kabsah
10 sudu besar – madu
Secukupnya – garam
 yogurt – jika ada dan suka

CARA-CARA
Rempahkan ayam yang telah direbus 3/4 masak
Rempahkan dengan rempah kabsah , garam dan madu
Perap dalam 30 minit atau lebih
Goreng sehingga agak garing
Ketuk dan potong ayam mengikut saiz yang diingini
Siap dihidang dan makan bersama Nasi Arab

RESEPI SALAD SALATA HARA
BAHAN-BAHAN
Timun
Tomato
Lobak Merah
Cuka
Garam Dan Gula

PROSES MASAK
1. Timun , lobak dan tomato dibersihkan dan dipotong dadu
2.Gaulkan kesemuanya dengan cuka dan garam secukupnya

RESIPI SOS NASI ARAB
BAHAN-BAHAN
 20 batang – Cili Hijau
5 batang – Cili Api Merah
5 batang – Cili Api Hijau
5 biji – Tomato
 4 batang – Daun Ketumbar
4 helai – Daun Pudina
Secukupnya – Garam Dan Gula

CARA-CARA
1. Kisar semua bahan sehingga 3/4 hancur
2. Rasakan garam dan gulanya sekali

SUP NASI ARAB
BAHAN-BAHAN
Air secukupnya
2 sudu besar rempah kabsah
Garam

CARA-CARA
1. Didihkan air secukupnya
2. Masukkan rempah kabsah dan garam
3. Siap untuk dimakan bersama nasi arab

RESEPI REMPAH KABSAH
BAHAN-BAHAN
Ketumbar
Jintan Manis
Jintan Putih
Lada Hitam
Buah Pelaga
Cengkih
Serbuk Cili / Paprika
Serbuk Kunyit

CARA-CARA
1. Sangan atau goreng tanpa minyak kesemua bahan kecuali serbuk cili dan serbuk kunyit.

2. Siap sangan sejukkan sebentar baru campurkan serbuk kunyit dan serbuk cili secukupnya.

3. Kisar semua bahan sehingga separuh halus dan boleh disimpan didalam bekas yang sesuai.


No comments:

Post a Comment