Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul
tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun
Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Penggunaan atau
kaedah masak lemak ini sangat lazim pada budaya yang asal-usulnya di kawasan
yang banyak menggunakan pokok kepala dalam kehidupan dan pemakanan seharian
seperti orang Minang, orang Jawa, orang Pantai Timur Malaysia dan mereka yang
duduk berhampiran sawah serta pantai.
RESEPI BELIMBING MASAK
LEMAK
5 biji buah belimbing
(agak masak ranum)
2 ulas bawang merah -
dimayang
1 biji cili merah -
dihiris
1 kg ikan siakap
Merah / Ikan lain pun boleh
1 mangkuk santan
Garam halus
secukupnya
Garam kasar
PROSES PENYEDIAAN
Hiris buah belimbing
memanjang. Celur seketika utk buang rasa kelat. Boleh juga diramas isi
belimbing td dgn garam kasar utk buang rasa kelatnya.
Masukkan santan ke
dalam periuk bersama sama bawang merah, cili merah & isi ikan. Kacau supaya
santan tak pecah minyak.
Masukkan buah
belimbing tadi & garam halus. Kacau lg hingga santan masak.
No comments:
Post a Comment