Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang (Kerang-kerangan)
yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya
lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Nama saintifiknya adalah
"Pholas orientalis" Siput Mentarang hanya boleh ditemui di
pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan
biasanya ia dikutip semasa air surut.Ia juga dianggap sebagai memiliki sifat
perangsang
RESEPI TUMIS DARAT MENTARANG
BAHAN
A:
Bentarang (sejenis siput) / siput
kemudi
Batang pisang 2 kaki(diambil empulur
ditengah batang (bahagian
yg lembut) dan sebaiknya ambil batang
pisang dari pokok yg belum
berbuah kerana ianya lembut. Anak pokok
pisang setinggi ¾ kaki
adalah terbaik.)di potong panjang 1
inci dan direndam di dalam air
kunyit selama 15 minit utk
menghilangkan getahnya.
BAHAN
B (DIREBUS):
Serbuk kari ikan kering 1 peket
2 ulas bawang merah ditumbuk halus
1 sudu kecil cili serbuk
½ cawan pati santan
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
1 batang serai (dikatuk)
BAHAN
C (DITUMIS):
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
5 sudu besar minyak masak
Sehelai daun kari
PROSES
MASAK
Mentarang/siput kemudi diproses dan
ambil isi
Bancuh serbuk kari ikan kering dengan 1
cawan air.
Rebuskan batang pisang di dalam santan
bersama bawang yang
ditumbuk, serbuk cili, serai dan serbuk
kari yang telah dibancuh tadi sehingga mendidih.
Masukkan isi bentarang / isi siput
kemudi dan biarkan mendidih sekejap.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Serentak,
Tumis bahan-bahan C sehingga garing pada kuali yg lain.
Tuangkan bahan C yang telah ditumis
termasuk minyaknya ke dalam bahan yang
direbus tadi dan kacau biarkan mendidih.
Hidangkan panas-panas
No comments:
Post a Comment