Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
B AHAN
BAHAN
1/2 K Udang Saiz Sederhana - Cuci
Bersih Dan Toskan.
5 Tangkai Cili Padi Merah *
2 Tangkai Cili Merah *
4- 5 Biji Bawang Merah *
2 Ulas Bawang Putih *
1 Biji Buah Keras *
1 Cm Kunyit Hidup * (Bahan * Dikisar
Bersama Dgn Sedikit Air)
2 Batang Serai - Diketuk
2 Cawan Santan Pekat
6 Urat Kacang Panjang - Dipatahkan 2
Inci
2 Keping Kecil Asam Gelugor
Garam Dan Gula Secukup Rasa
3 Sudu Besar Minyak Untuk Menumis
PROSES MASAK
Panaskan minyak dalam periuk/kaserol.
Tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
Kemudian masukkan udang dan gaul balik
sekejap.
Masukkan santan pekat dan asam gelugor,
biar mendidih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kacang panjang
dan biarkan sekejap. Jangan sampai layu. Tutup api.
Hidangkan bersama nasi putih...
No comments:
Post a Comment