Monday, October 30, 2017

RESEPI LAKSA PENANG IKAN SEEKOR

Laksa Pulau Pinang (叻沙) merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal daripada orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. 

Laksa Penang ialah satu-satunya makanan yang berasal dari Malaysia yang berada dalam senarai 50 makanan paling lazat di dunia

BAHAN BAHAN
8-10 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besar
sedikit belacan
1 ekor ikan kembung
2 ikat udong kering
Mee laksa beras
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan- dibelah dua
3 keping asam gelugor

BAHAN SAMPINGAN
timun
salad
l/2 biji lemon @ limau kasturi
telur rebus
nenas
hirisan bawang besar
cili padi


CARA CARANYA

1. Rebus cili kering dan kemudian kisar bersama bawang besar dan belacan dan ketepikan.

2. Di dalam periuk masukkan ikan yang dipotong beberapa bahagian, rebus ikan bersama sedikit garam dan sekeping asam gelugor, setelah ikan masak, angkat ikan dan toskan, asingkan isi ikan dan tulangnya, air rebusan ikan tadi  jangan dibuang. tulang ikan tadi dikisar dengan sedikit air, tapis dan curahkan kembali ke dalam air rebusan ikan tadi.

3. Isi ikan separuh diblender halus dan separuh lagi dihancurkan menggunakan sudu dan dimasukkan kembali dalam air rebusan ikan tadi, curah bahan kisar, 2 keping asam gelugor dan bunga kantan, biarkan mendidih seketika,  selepas itu masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, masukkan garam. Biarkan kuah mendidih dan masak kuah laksa sehingga terbit minyak baru tutup api.

4. Udang kering direbus dan toskan, jika guna laksa kering tu, rendam dan rebus seperit biasa, kemudian rebus telur serta sediakan bahan sampingan yang lain. racik timun,  nenas, bawang besar dan cili padi. letakkan udon ataupun mi laksa di dalam bekas dan susun bahan ulam-ulaman tadi kemudian curahkan kuah laksa. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment