Lasagne (/ləˈzænjə/
atau /ləˈzɑːnjə/ atau /ləˈsɑːnjə/, sebutan bahasa Itali: [laˈzaɲɲe], bentuk
tunggal lasagna) adalah pasta leper lebar, dan mungkin salah satu jenis pasta
yang paling lama pernah dicipta. Perkataan
"lasagne" dan, dalam banyak bahasa bukan Itali, bentuk tunggal
"lasagna", juga boleh merujuk kepada hidangan yang dibuat dengan
beberapa lapisan kepingan lasagne dilapisi dengan sos dan pelbagai bahan-bahan
lain
RESEPI
AYAM LAGSANE
BAHAN-BAHAN
Lasagne Sheet
(direbus)
BAHAN SOS PUTIH:
sudu besar butter
2 sudu besar tepung
gandum
2 kotak 250 ml susu
full cream(apa2 brand)
Mozarella Cheese
Sedikit garam,
Sedikit lada sulah
CARA MASAK
Cairkan butter dalam
kuali atau pan dengan api perlahan kemudian masukkan tepung kacau hingga
sebati. Jgn sampai bergentel.
Masukkan Susu kacau
rata kemudian masukkan cheese, garam dan lada sulah. kacau rata sehingga kuah
agak pekat. Ketepikan.
BAHAN SOS DAGING:
1 paket ayam/daging
kisar brand ramly
2 ulas bawang putih
di cincang
1 biji bawang besar
di potong dadu
1 batang carrot juga
di dadu
1 biji buah tomato di
dadu
1 tin tomato puree
sedikit oregano
gula dan garam secukupnya.
CARA MEMBUATNYA:
Panaskan minyak &
tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam atau
daging.
Bila daging agak
empuk, masukkan tomato puree dan bahan2 lain. Masukkan garam dan gula.
Suaikan rasanya ye..
dan kalau boleh sos daging hendaklah manis sedikit sebab sos putih akan berasa
masin disebabkan ada cheese.
CARA MELAPIS
LASAGNA:
Ambil loyang dan ratakan sos daging di
permukaan loyang.
Kemudian taburkan
sedikit mozarella cheese yang telah di parut. kemudian aturkan lasagna sheet
rapat menutupi permukaan sos daging.
kemudian letak lagi
sos daging di ikuti dengan sos putih serta sedikit parutan cheese.
Ikuti langkah ini
sehingga penuh loyang tersebut.
Kemudian bakar selama
40- 45 minit dengan suhu 185'C.
No comments:
Post a Comment