Sambal ialah sos yang
diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan
yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah
satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan
sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
RESEPI SAMBAL GORENG
BANJAR
BAHAN BAHAN
2 paket kacang buncis,
dipotong 2 inci panjang
3 biji kentang,
dipotong memanjang
10 ekor udang,
dibersihkan
15 tangkai cili padi
thailand, dihiris
2 biji bawang besar,
dihiris
2 ulas bawang putih
1 kotak santan
1/2 cawan bawang
goreng
sedikit asam jawa
(sebesar telur ayam)
3 cm belacan
3/4 cawan air
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula
serbuk perasa, jika
suka
minyak memasak untuk
menumis
PROSES PENYEDIAAN
Ramas belacan dan
asam jawa bersama air. Ketepikan.
Panaskan minyak,
kemudian goreng kentang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Goreng pula kacang
buncis setengah masak. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih,
cili padi dan bawang besar sehingga naik bau. Kemudian masukkan bancuhan
belacan dan asam jawa tadi. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
Masukkan udang, bila
udang telah masak masukkan santan pekat dan bawang goreng.
Masukkan juga kentang
dan kacang buncis. Bila kuahnya mendidih, angkat dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment