B AHAN
BAHAN
2 keping dada ayam - hiris nipis
4 biji cili padi - diketuk
2 sudu makan cili kering kisar
2 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah - dihiris serong
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1/2 inci halia - hiris halus
1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
1/2 cawan air
Sedikit garam
Sedikit kicap manis
BAHAN
SAYURAN
2 biji putik jagung - dihiris
2 tangkai kacang polong - dihiris pendek
Bunga kobis - dipotong kecil
1/2 biji karot - dihiris memanjang
CARA
MEMASAK AYAM MASAK PAPRIK
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng
hirisan ayam hingga warnanya keputihan. Selepas tu toskan dan ketepikan.
2. Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis
bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. Kemudian masukan cili kisar
dan tumis kembali hingga pecah minyak.
3. Masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos
tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. Masukan ayam yang digoreng tadi dan
gaul hingga rata.
4. Masukan serai, air, dan daun limau purut. Masukan
sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. Kemudian masukan sayur-sayuran yang
dah dihiris tadi dan bawang besar. Selepas tu masak sampai sayur tadi agak
empuk.
No comments:
Post a Comment