Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di
Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara
yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang
berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang
benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat
oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian,
hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian
dalam bahasa asli
B AHAN BAHAN
8 keping ikan tongkol - bersihkan
14 cili kacang bendi - kerat batang dan ekor
6 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu pati teh asam jawa
4 sudu makan cili kisar
3 biji cili merah - belah 2
2 cawan santan cair
2 pelepah daun kari - larutkan daunya dari tangkai
Minyak, garam, dan gula secukupnya
BAHAN
KISAR
6 biji bawang merah
5 biji bawnag putih
2 cm halia
CARA
PENYEDIAAN
1. mula-mula bersihkan ikan tongkol dan gaul dengan sedikit kunyit dan
garam kemudian goreng hingga separuh masak
2. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan tumbuk hingga
naik bau, selepas tu gunakan api sederhana dan masukan cili kisar. biarkan
hingga pecah minyak.
3. kemudian masukan serbuk kari ikan dan bila terlalu kering tambahkan
dengan sedikit air. kemudian masukan daun kari dan biarkan hingga layu dan
masukan santan.
4. biarkan hingga santan mendidih dan bila sudah mendidih masukan ikan
tongkol, bila kuah sudah agak pekat, tambahkan santan pekat dan biarkan
mendidih.
5. akhir sekali, masukan cili merah bersama garam, gula, dan kacang
bendi dan biarkan hingga kacang bendi berubah warna. dan bila sudah masak
bolehlah matikan api.
No comments:
Post a Comment