Masakan rendidih atau
stu merupakan paduan ramuan makanan pejal yang dimasak dalam cecair lalu
dihidangkan dalam kuah yang terhasil. Ramuan-ramuan dalam stu boleh termasuk
mana-mana paduan sayur-sayuran (seperti lobak, kentang, kacang, lada, tomato
dsb.), daging, terutama sekali daging-daging keras sesuai untuk dimasak
perlahan seperti daging lembu. Ayam itik, sosej dan makanan laut juga
digunakan. Air boleh digunakan
sebagai cecair untuk memasak stu, begitu juga dengan pati dan minuman keras
seperti wain dan bir. Perasa dan bahan perisa juga boleh ditambahkan. Stu
biasanya dimasak pada suhu yang agak rendah (iaitu direneh, bukan direbus)
supaya perisa-perisa boleh bercampur-baur.
RESEPI STEW DAGING
250gm daging dipotong
dadu
2 sudu teh bawang
merah cincang
1 biji lobak merah
dipotong dadu
1 batang seleri
dipotong dadu
1.25 liter
2 sudu makan minyak
zaitun
Garam dan lada sulah
secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan
tumis bawang merah cincang, lobak merah dan seleri. Kacau berterusan sehingga
bahan menjadi lembut dan kuning keemasan selama lapan hingga 10 minit.
Kemudian masukkan
brown stock dan daun salam. Masak sehingga mendidih.
Apabila telah
mendidih, masukkan daging yang dipotong dadu dan didihkan sehingga daging
lembut. Perlahan api.
Akhir sekali, rasakan
secukupnya
No comments:
Post a Comment