Wednesday, November 01, 2017

RESEPI IKAN SELAR MASAK SINGGANG

Ikan Selar (bahasa Inggeris:yellowtail scad), nama saintifiknya Atule mate, adalah sejenis spesies ikan laut kecil dan banyak terdapat di pesisir pantai dalam famili Carangidae.
Ikan Selar amat sesuai dimasak singgang atau Bahasa pasarnya masak rebus. Resepi untuk masak ikan singgang seperti berikut:

BAHAN BAHAN
5 ekor ikan selar kuning
1 inci Lengkuas - tumbuk
1 inci Kunyit hidup - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 keping asam keping - ditumbuk
2 biji cili padi - diketuk.. (jika suka pedas)
Garam sedikit
Daun kunyit - koyak kasar

PROSES MASAK
1. Bahan yang telah ditumbuk seperti kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan asam keping masukkan ke dalam periuk yang berisi air.

2. Biarkan mendidih. Bagi didih lama supaya air-air perencah turun.

3. Bila sudah didih dalam tempoh yang agak lama, masukkan ikan selar kuning anda. Perasakan dengan garam. Angkat apabila ikan sudah masak

Tips…
Boleh juga menggunakan ikan tongkol untuk memasak singgang ikan. Tetapi untuk ibu berpantang, ikan tongkol ini dikatakan gatal. Jadi gunakan sahaja ikan selar/kembung atau tenggiri.

No comments:

Post a Comment