Wednesday, November 01, 2017

BAKED MEATBALLS

Meatball atau bebola daging adalah daging yang dihancur dan di bentuk bulat, kadang-kadang bersama dengan bahan-bahan lain, seperti serbuk roti, bawang cincang, telur, mentega, dan perasa Bebola daging dimasak dengan menggoreng, membakar, mengukus, atau bertenaga dalam sos.

Terdapat banyak jenis meatball yang menggunakan pelbagai jenis daging dan rempah. Istilah ini kadang-kadang diperluaskan kepada versi tanpa daging berdasarkan sayuran atau ikan.

BAKED MEATBALLS
BAHAN BAHAN


UNTUK MEATBALLS
500 gm daging lembu kisar
1/2 teaspoon serbuk jintan manis
1/2 teaspoon serbuk ketumbar
1/2 teaspoon serbuk cili
2 genggam breadcrumbs
1 telur
1 tablespoon daun oregano kering/fresh
1 tablespoon daun rosemarry dicincang – xde garam
1 teaspoon serbuk blackpepper

UNTUK TOMATO SOS
1 tin tomato cincang
1 biji bawang besar di cincang
1 bawang putih dicincang
1 teaspoon daun oregano kering
garam

UNTUK DIBAKAR
mozarella cheese
grated parmesan

CARA-MEMBUATNYA:

1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentukkan meatballs sebesar bola tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.

2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.

3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan.

No comments:

Post a Comment