Masakan Arab ditakrifkan sebagai pelbagai masakan serantau di Dunia Arab yang menjangkau dari Maghribi dan Tunisia ke Yaman dan Somalia, dan menggabungkan Levant, Mesir dan yang lain. Ia juga dipengaruhi ke suatu tahap oleh masakan Turki, Afghanistan, Iran, India, Barbar dan budaya-budaya lain rantau itu sebelum Arabisasi kebudayaan dibawa oleh orang Arab mengikut salasilah sewaktu penaklukan Arab Islam.
5 kg – beras Basmathi Mogul Faiza —>
dibasuh dan ditos
1 tin besar – minyak sapi
1 bungkus – kulit kayu manis
1 bungkus – bunga lawang
1 bungkus – buah pelaga
10 biji – bawang besar –> hiris
sederhana nipis
1 ikat – daun pudina —> dikoyak
kasar
1 ikat – daun sup —> dikoyak kasar
15 biji – cili api —> boleh
dilebihkan jika suka
1 mangkuk – hirisan halia
2 bungkus atau lebih – kismis
2 bungkus atau lebih – kacang gajus
garam secukup rasa
air secukupnya
saffron atau pewarna kuning
PROSES PENYEDIAAN
Cairkan minyak sapi dalam kuali
kemudian tumis bawang besar, kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga
sehingga bawang agak layu.
Masukkan beras basmathi dan goreng
sekali ldengan bahan2 tumis lebih kurang 5 minit.
Pindahkan beras yg sudah ditumis
sebentar kedalam periuk nasi yg lebih sesuai.
Masukkan air secukupnya mengikut
sukatan beras yg disyorkan.
Masukkan garam dan perasa tambahan jika
suka ,gaul sebati kemudian baru taburkan sahaja bahan lain seperti halia,daun
pudina,daun sup dan cili api dan jangan dikacau.
Masukkan juga kismis dan kacang gajus
baru tutup tudung periuk.
Nasi dah tanak baru titikkan pewarna ,
gaul perlahan tetapi sebati apabila siap sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment