Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal
BAHAN BAHAN
4 ekor ikan putih saiz sederhana
1 batang serai
2 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk
6 biji cili padi
3 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugor
sedikit air
sedikit garam
4 ekor ikan putih saiz sederhana
1 batang serai
2 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk
6 biji cili padi
3 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugor
sedikit air
sedikit garam
PROSES MASAK
1. Bersihkan ikan putih dan rendam kan ikan putih itu dengan perahan air limau nipis atau kasturi, boleh juga gunakan air asam jawa, setelah 10 minit, basuh dan tapiskan air yang berlebihan.
2. Tumbuk lumat cili padi dan kunyit hidup, titik serai, masukkan semua bahan di dalam periuk dan masukkan 2 cawan air berserta tempoyak, kacau sebati, akhir sekali masukkan ikan putih, rebus hingga mendidih dan kuah akan menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam.
3. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment