Spaghetti (Itali:
[spaˈɡetti]) adalah pasta yang panjang, nipis, silinder, pejal. Seperti pasta
lain, spaghetti diperbuat daripada gilingan gandum dan air. Spaghetti Itali
diperbuat daripada semolina gandum durum, tetapi di tempat lain ia boleh dibuat
dengan tepung jenis lain.
200 gram spaghetti yang belum direbus 6 biji black olive
6 biji green olive
15 biji jeruk capers
1 keping dada ayam, didadu*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)
1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis
PROSES PENYEDIAAN
Rebus spaghetti hingga lembut, toskan
Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis
bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau
rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung
sekejap.
Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2.
Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak
sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum
dihidangkan.
No comments:
Post a Comment