Balado atau berlada
adalah teknik masakan khas Minangkabau dengan cara menggorengkan cili dengan
pelbagai rempah, biasanya bawang, bawang putih, limau. Berbeza dengan sos cili
lain yang hanya menggunakan cabai yang digiling sebagai pengiring makanan oleh
pencelupan, baladoatau berlada disajikan dengan cara memasak dengan pelbagai
jenis hidangan seperti, teri, ikan goreng, ayam goreng, itik goreng, telur
rebus, dan tempe goreng. Tindakan menambah cabai dan rempah dipercayai dapat
membuat makanan bertambah lebih lama.
BAHAN-BAHAN
2 ekor ketam bunga saiz besar
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
BAHAN DIKISAR
6 biji bawang merah
4 biji cili merah
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia*
PROSES PENYEDIAAN
Ketam dibersihkan, Potong dua dan bersihkan.
lumur dengan sedikit garam, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warna jadi kemerahan. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat, matikan api.
Alih dalam pinggan sesuai dan tabur dengan bahan hiasan. Hidangkan segera..

No comments:
Post a Comment