Nasi goreng
merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan
ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk
tambahan, kecuali telur goreng.
Nasi goreng
dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan
makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut
digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa
kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis,
udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran
terutamanya sayur campur.
Bagi
masyarakat Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan nasi goreng
sebagai sarapan. Nasi goreng yang paling mudah disediakan adalah nasi goreng
kampung yang hanya menggunakan bawang, ikan bilis, cili padi, kangkung dan
telur sebagai bahan utama.
Masyarakat
moden hari ini telah banyak bereksperimen dengan bahan-bahan dalam menyediakan
nasi goreng sehingga terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh didapati di
gerai, kafe mahupun hotel.
RESEPI
NASI GORENG HALIA
BAHAN BAHAN
2 cawan nasi sejuk
1 mangkuk kecil isi ayam atau daging - dihiris nipis
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 mangkuk kecil isi ayam atau daging - dihiris nipis
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
10 tangkai cili padi - dikisar
1 biji telur - pilihan
1 biji telur - pilihan
Garam dan gula secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar tadi sehingga naik bau.
Masukkan ayam atau daging dan biarkan masak seketika. Masukkan garam dan perisa, jika suka
Pecahkan telur dan gaul rata.
Masukkan nasi dan gaul rata hingga semua bahan tumisan sebati dengan nasi.
No comments:
Post a Comment