Tuesday, March 20, 2018

RESEPI AYAM MADU PEDAS

Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.

Oleh kerana ayam pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.
BAHAN BAHAN
  • Bahagin keseluruhan peha ayam-  Cucuk cucuk dengan garpu
  • Ubi kentang - Di basuh bersih. Cucukkn dgn garpu.
  • Karot di potong panjang
  • Capcicum hijau dan merah
  • baby tomato
  • Madu

BAHAN DI TUMBUK:
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 3 biji bawang kecik
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Tumbuk dan ambil airnya
  • Kicap Lemak Manis
  • Tepung Jagung

PROSES PENYEDIAAN
  • Gaul ayam dgn air dan bahan tumbuk.
  • Perasakan dengan sos tiram 2 sudu besar, Madu 5 susu besar, kicap lemak manis 3 sudu besar, sdikit garam, ld sulah, 3 sudu besar cili kering kisar dan n ajinomoto.
  • Gaul sebati dan bubuh 2 sudu besar  tpg jagung. Perapkan 4 jam. Lagi lama lagi sedap. Panaskn kuali utk memanggang.
  • Bubuh sdikit minyak. Masukkn ayam dan ubi kentang. Biarkn hingga ayam dan kentang lembut baru masukkn karot, capcicum dan tomato. Dah agak layu, tutup api. Siap utk d hidang.

No comments:

Post a Comment