Wednesday, March 21, 2018

RESEPI PAF DURIAN


Durian ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian) yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya.

Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.

RESEPI PAF DURIAN

BAHAN-BAHAN

PAF
160ml air
80g mentega
100g tepung gandum
4 biji telur B

KRIM DURIAN
250ml krim putar bukan susu
3-4 ulas isi durian
10g gelatin halagel
1 1/2 sudu besar air panas (untuk larut gelatin)

KRIM KASTARD DURIAN
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard/tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar
3 biji kuning telur
1/2 sudu besar mentega
3-4 ulas isi durian


PROSES PENYEDIAAN

PAF
Panaskan Oven pada suhu 195 celcius. Didihkan air dan mentega hingga cair.

Tutup api, masukkan tepung gandum dan kacau hingga doh terbentuk dan tidak melekat. Masak di atas api sebentar sehingga nampak lapisan tipis putih di tepi periuk. Sejukkan doh.

Masukkan sebiji telur dan kacau hingga rata. Masukkan baki telur satu per satu dan kacau hingga menjadi adunan boleh dipaip.

Masukkan doh dalam beg paip dengan muncung nozzle bulat. Paip doh secara berjarak di atas kertas bakar.

Bakar di rak tengah selama 15 minit pada suhu 195 celcius dan turun ke suhu 170 celcius sebelum bakar selama 15 minit lagi.
Sejukkan dahulu sebelum paip masukkan krim.


KRIM DURIAN
Pukul krim putar sehingga hampir pekat.
Masukkan isi durian dan gelatin cair. Gaul rata.
Simpan sebentar dalam peti sejuk sebelum dipaip ke dalam paf.


KRIM KASTARD DURIAN
Satukan semua bahan kecuali mentega dan isi durian. Kisar hingga rata dan tapis.

Masak di atas api perlahan hingga pekat, masukkan mentega, kacau hinga licin dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dipaip.

NOTA PAF DURIAN:
Untuk membuat kulit paf, potong mentega kecil-kecil supaua cepat cair untuk mengelakkan jumlah air dari berkurang.

Tepung mesti dimasuk sekaligus supaya masak sekata. Gaul dengan cepat supaya doh licin dan tidak berketul.

Biar adunan sejuk dulu sebelum masukkan telur supaya telur tidak masak semasa mengadun.

Masukkan telur satu per satu. Gaul sehingga sebati sebelum masuk telur lain.


No comments:

Post a Comment