Wednesday, March 21, 2018

RESEPI KUIH SERI MUKA DURIAN


Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia. Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.

Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat beberapa warna makanan yang digunakan bagi menarik minat pembeli.

Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan

RESEPI KUIH SERI MUKA DURIAN
BAHAN-BAHAN

LAPISAN BAWAH
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1 santan kotak & 1 1/2 cawan air)
1 sudu teh garam (dan tambah secubit lagi)
Sedikit minyak masak (kalau gunakan santan kotak)

LAPISAN ATAS
4 cawan santan pekat (2 santan kotak & 2 cawan air)
1 cawan gula tebu/perang/ gula kastor
1 cawan isi durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung atau tepung kastard
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil  garam
Pewarna kuning (jika suka)
PROSES PENYEDIAAN

LAPISAN ATAS
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan dalam 20 minit atau sehingga masak.

Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Atau boleh juga menggunakan loyang yang sama.

Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Nota: Santan perlu dikurangkan supaya pulut tidak terlalu lembut.


LAPISAN BAWAH
Masukkan santan, gula, garam dan durian dalam blender dan kisarkan.

Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.

Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.Masukkan pewarna. Kacau rata.

Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar. Saya terus tuang atas lapisan pulut tanpa dipanaskan terlebih dahulu

Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.

Bila telah masak, sejukkan betul betul [dalam 4 -5 jam] baru dipotong menggunakan pisau plastik dan dihidangkan.



No comments:

Post a Comment