Thursday, March 22, 2018

RESEPI CUCUR UDANG JAGUNG


Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.

RESEPI CUCUR UDANG JAGUNG

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
2-3 cawan air (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
15 ekor udang
1/2 cawan isi jagung atau lebih
1 cawan tauge
1/2 cawan daun kucai
1 ulas bawang besar - dipotong dadu kecil
Sedikit gula (saya suka bagi  manis sedikit)
Sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng

Goreng (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang atau sos cili

No comments:

Post a Comment