Wednesday, March 21, 2018

RESEPI PENGAT DURIAN

Kuih pengat merujuk kepada jenis masakan yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan utama, dan merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia. Pengat biasanya merupakan satu bahan utama seperti labu, pisang, nangka, ubi kayu, ubi keledek yang dimasak dengan kuah manis, dan ia dipanggil menurut bahan utama yang digunakan bagi membuatnya. 

Kuih pengat secara umumnya merujuk kepada jenis kuih yang dimasak dan dihidangkan berendam dalam kuah manis. Terdapat pelbagai jenis pengat atau juga dipanggi sira yang boleh dibuat, secara umumnya pengat yang popular adalah:-
Pengat durian / Sira durian
Pengat labu / Sira labu
Pengat nangka / Sira nangka
Pengat pisang / Sira pisang
Pengat ubi
Pengat ubi kayu / Sira ubi kayu

RESEPI PENGAT DURIAN
BAHAN-BAHAN
500g isi durian
125g  gula melaka
100g air
100g ubi kayu
100g ubi keledek
8 helai daun pandan leaves (cuci dan disimpul)
100 ml santan pekan
150 ml krim putar (whip cream)
Secubit garam
Isi durian untuk hiasan: Satu sudu besar untuk setiap hidangan

PROSES PENYEDIAAN
Kupas dan potong ubi keledek dan ubi kayu pada kiub 1cm. Rendam dalam air untuk keluarkan kanji berlebihan.

Susun kiub-kiub ubi dalam bekas besi dan kukus pada suhu sederhana panas sehingga empuk. Tempoh kukusan selama 10-15 minit.

Sementara kiub ubi dikukus, sediakan sirap gula melakan dengan meletakkan gula melaka dan daun pandan yang disipul ke dalam air di bawah suhu rendah. Biarkan gula larut sepenuhnya dengan kacau perlahan.

Apabila gula melaka larut sepenuhnya, tapis sirap untuk asingkan bendasing. Tuang sirap ke dalam mangkuk.

Masukkan santan dan krim ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih. Kecilkan api dan masukkan sirap gula melaka. Masukkan isi durian dan garam.

Kacau perlahan sehingga sebati dan memekat. Padam api.
Hidangkan pengat bersama kiub ubi yang dikukus dan sedikit isi durian.


No comments:

Post a Comment