Monday, July 10, 2017

PETUA MERINGANKAN SENGGUGUT

PETUA MERINGANKAN SENGGUGUT

Senggugut ? Masalah yang akan dihadapi oleh setiap manusia yang bernama perempuan. Hanya wanita sahaja yang tahu sakitnya senggugut apabila ia dating setiap bulan. Bagi mengurangkan kesan sakit senggugut tanpa pengambilan ubat, berikut saya senaraikan. Semoga menjadi panduan untu wanita di luar sana.

MINUM AIR SUAM

Amalan biasa oleh wanita yang dating bulan untuk sentiasa meminum air suam bagi meredahkan sakit yang datang.

CAMPURAN HALIA DAN LADA HITAM



Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik .

HILANGKAN SAKIT SENGUGUT DENGAN PAD PEMANAS


Orang zaman dulu suka menggunakan cara tradisional seperti bertungku dengan menggunakan batu sungai atau tungku besi. Ada juga yang menggunakan air panas dan isi dalam botol kosong dan letakkan di perut. Tetapi sekarang anda dah boleh menggunakan pad pemanas yang biasanya di jual di farmasi. Tuam bahagian bawah perut anda untuk menghilangkan rasa sakit senggugut.

Petua ini sering digunakan kerana keberhasilannya menghilangkan sakit sengugut. Dengan meletakkan botol atau pad yang berisi air panas pada bahagian perut dapat mengurangkan rasa sakit dan kejang ketika haid kerana haba dari botol panas dapat melancarkan pengaliran darah pada otot-otot sekitar rahim.

MELAKUKAN LOMPATAN RINGAN
Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.

MELAKUKAN URUTAN RINGAN


Lakukan urutan di bahagian perut ke bawah secara perlahan lahan. Dengan mengurut bahagian abdomen secara perlahan- lahan. Angkat kaki sedikit dengan alaskan bantal kecil di hujung kaki. Kemudian perlahan lahan urut bahagian perut boleh juga menggunakan minyak panas ketika mengurut bagi memberi kelegaan semasa mengurut.

No comments:

Post a Comment