Orang Dulu dulu hidup
dengan petua. Kepercayaan dan petua ini sebenarnya telah dipraktikan dan
memberikan hasil yang diharapkan untuk menyelesaikan satu satu perkara dalam
kehidupan. Sebagai contoh kali ini saya terangkan sedikit petua orang dulu dulu
mengenai “TERCEKIK TULANG IKAN”. Tercekik tulang ikan sangat tidak
menyenangkan kita apabila menelan makanan atau air liur sendiri kita akan rasa
sakit dan tidak selesa. Berikut petua yang saya telah boleh kongsi untuk anda
semua.
KEPAL KEPALKAN NASI DAN TELAN
Caranya ambil nasi
sesudu dan yang boleh masuk dalam kerongkong apabila ditelan, kepal kepalkan
nasi tersebut dan telan tanpa mengunyah. Kena pada sasaran tulang akan terbuka.
MINUM AIR JARI TELUNJUK ORANG YANG LAHIR SONGSANG
Petua ini banyak
diamalkan di negeri Sabah. Cari mereka yang lahir songsang, maksudnya kaki
keluar dahulu semasa lahir. Minta dia celup jari ke dalam air @ cawan dan minum
air tersebut.
MAKAN BUAH PISANG
Buah Pisang yang masak bagus untuk membuang tulang
dalam leher. Makan pisang yang telah ranum.
CELUPKAN JARI KE DALAM MADU
selawat 3 kali dan hisap
jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akan terkeluar.
MUNTAHKAN MAKANAN YANG TELAH DIMAKAN
Petua ini memang
pilihan terakhir. Masukan jari dalam mulut 2 kerongkom dan cuba muntah..Ini
Confirm tulang tadi akan keluar dengan yakin
AYAT PENYEMBUH
Amalkan ayat
ini.Orang tua tua selalu guna untuk menyembuhkan anak
BismillahirahmanIrohim
Nurdari Kemala Allah
Bujur lalu
Melintang Patah
Berkat khalimah
Lailaha Ilallah
Baca ayat ini
sebanyak 3 kali dan hembus dalam air lepas tu minum.
Kalau da berusaha
tapi belum juga berhasil, pilihan terakhir pi la Klinik atau hospital ye.
No comments:
Post a Comment