BAHAN-BAHAN:
· 5 keping ikan merah
· 10 biji kacang bendi - potong bahagian
tampuk dan ekor
· 1 batang serai – dititik
· 1 kuntum bunga kantan - belah 4
· 2 keping asam gelugur
· 2 cawan air
· Minyak
· garam / gula / perasa pilihan
BAHAN TUMBUK / KISAR:
· 30 biji cili kering
· 3 ulas bawang putih
· 5 biji bawang merah
· 2cm halia
· 5cm kunyit hidup
· sedikit belacan
CARA MASAK
1. Panaskan minyak
secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, bunga
kantan, asam gelugur dan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan merah dan
biarkan masak selama 5-7 minit - jangan masak terlalu lama sebab isi ikan merah
lembut
4. Masukkan kacang bendi dan
biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
5. Perasakan dengan garam /
gula / perasa pilihan.
No comments:
Post a Comment