Sunday, October 01, 2017

RESEPI KUPANG MASAK SAMBAL BERLADA

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah
BAHAN-BAHAN
  • 500 kupang dibersihkan dan ditoskan airnya
  • 5-6  ulas bawang merah ditumbuk atau dicincang halus
  • 3-4 ulas bawang Putih
  • cili merah dicincang halus 5 – 10 biji
  • 2 inci halia dicincang halus
  • sedikit sos tiram
  • 1 batang serai dihiris
  • 1cm kunyit hidup
  • Tomato
  • Air Asam Jawa
  • Sedikit gula

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili merah, bawang putih,halia, kunyit  dan serai yang telah ditumbuk halus.
  • Kemudian,masukkan sos tiram dan sedikit air asam jawa. Tumiskan sehingga sebati dan masukkan kupang.
  • Masukan sedikit buah tomato yang telah dipotong 4. Masukkan bahan perasa secukupnya termasuk sedikit gula
  • Siap untuk dihidang bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment