Sunday, October 01, 2017

RESEPI SIPUT GONGGONG MASAK LADA HITAM

siput gongong, atau nama saintifiknya Laevistrombus canarium atau juga dikenali sebagai sinonim Strombus canarium, merupakan spesies siput boleh dimakan , moluska gastropod laut dalam keluarga Strombidae, konch sebenar. Spesies Indo-Pasifik, L. canarium hidup di dasar berlumpur dan berpasir, meragut algae dan detritus. Cengkerang individual dewasa bewarna perang muda hingga keemasan dan kelabu. Ia memiliki ciri gelung badan kembung, bibir kuar cengkerang gastropod tebal melebar, dan stromboid notch tirus. Sungguhpun ia dianggap bernilai sebagai hiasan, disebabkan kulitnya yang tebal dan padat, ia sering digunakan sebagai pemberat bagi jala ikan.
BAHAN-BAHAN
  • 500 – 1kg  gm Siput gonggong
  • Cili padi
  • Daun bawang - potong kasar
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos lada hitam
  • Kicap manis secukup
  • Asam keping
  • Bawang merah besar - dihiris halus
  • Bawang putih - dihiris halus
  • Serai - diketuk
  • Lada hitam biji - ditumbuk halus
  • Air, minyak masak dan serbuk perasa secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan periuK. Masukkan minyak masak
  • Masukkan bawang merah, bawah putih dan serai, tumis hingga keluar bau
  • Masukkan air. Masukkan semua jenis sos satu persatu termasuk kicap kacau sebati
  • Masukkan cili padi bersama asam keping. Masukkan siput gonggong
  • Kecilkan api, Siput tidak boleh dimasak lama.Selepas Siput masak, taburkan serbuk lada hitam, kacau sebati,
  • Masak dan boleh dinikmati bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment