Mi kolok (juga dieja
mi kolo, mi kering ataupun mi rangkai (daripada perkataan Iban rangkai,
bermaksud "kering") adalah sejenis mi yang cukup popular di negeri
Sarawak. Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan atau menjual mi
kolok ini. Mi kolok ini biasanya akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.
RESEPI
MEE KOLOK SARAWAK
BAHAN-BAHAN
1 gulung mi kering
(mi sanggul/yee mee)
3 ulas bawang putih
(mayang)
2 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
pekat
2 sudu besar kicap
cair
4 helai daun sawi
(potong 1 inci)
1/2 cawan daging /
ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
3 cawan air rebusan
daging/ ayam
1/2 labu bawang besar
(potong berbaji halus)
Garam , gula, lada
sulah dan ajinomoto secukup rasa
HIASAN - Daun bawang
dan bawang goreng secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Tumis
bawang putih hingga naik bau.
Masukkan bawang besar. Kacau
seketika hingga layu.
Masukkan sos tiram,
kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut.
Masukkan garam, gula
dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.
Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).
Masak hingga mee
lembut sedikit dan sawi layu. Angkat
dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.
Tambahkan lada sulah
jika suka.
No comments:
Post a Comment