Monday, October 02, 2017

RESEPI UDANG MENTEGA BAWANG PUTIH


Ramai penggemar masakan udang asyik masak udang menggunakan resepi yang sama. Oleh itu saya ingin kongsikan resepi yang saya rasa menjadi pembuka selera penggemar masakan berasaskan udang iaitu Resepi Udang Mentega Bawang Putih. Selamat Mencuba

RESEPI UDANG MENTEGA BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN
500 gram udang sederhana besar
5 – 6  biji cili Merah
Daun bawang
8 ulas bawang putih, dihancurkan dan dicincang
2 sudu minyak masak
3 sudu mentega
½ sudu teh garam
¼ sudu teh  lada hitam

PROSES PENYEDIAAN
Letakkan udang di dalam pinggan dan tabur sedikit  garam dan lada hitam. Gaul biar garam dan lada hitam sekata . Biarkan ia kekal selama 10 minit.

Cairkan  mentega dalam kuali panas. Tambah minyak masak. Setelah campuran mentega dan minyak telah panas, masukkan bawang putih dan masak dengan api sederhana hingga bawang bertukar warna jadi perang/cokelat

Masukkan Cili Merah  ke dalam kuali. Kacau dan biarkan masak dalam  30 saat.

Masukan udang. Kacau sehingga udang bertukar warna separuh masak.

Masukan dau bawang dan biar hingga masak dan hidangan siap untuk dimakan



No comments:

Post a Comment