Sunday, October 01, 2017

RESEPI SIPUT SUDU GORENG KUNYIT

Siput sudu atau juga dikenali sebagai kupang, merupakan sejenis famili kerang-kerangan dwicangkerang yang boleh dimakan. Siput sudu boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai dan juga di kawasan pasang surut di pinggir laut di seluruh dunia.

Melalui arkeologi, dapat diketahui bahawa manusia telah lama menjadikan siput sudu sebagai satu sumber makanan. Hari ini, siput sudu laut merupakan sejenis makanan laut yang popular, terutamanya di Belanda dan Belgium, di mana ia biasanya dimakan bersama kentang goreng atau jejari kentang. Di Itali pula, siput sudu biasa dimakan bersama makanan laut lain atau dimasukkan ke dalam pasta. Di Turki, siput sudu akan digoreng dengan tepung dan dimakan dengan kebab ('midye tava') atau dimakan sejuk bersama nasi ('midye dolma'). Siput sudu juga selalu dimakan dengan alkohol (selalunya dengan with 'raki' atau bir).

BAHAN BAHAN
  • 400gm siput sudu@kupang
  • sedikit jintan manis
  • bawang putih
  • halia
  • serbuk kunyit
  • sedikit air asam jawa
  • bawang besar
  • cili besar
  • cili padi – tambah cili kalau suka pedas lebih
  • sedikit garam
  • Sedikit sos Tiram

PROSES PENYEDIAAN
  • Hiris halus bawang putih dan halia.Panaskan minyak masak dalam kuali .
  • Tumis bawang putih,halia dan jintan manis hingga wangi.Masukkan sedikit air.
  • Masukkan serbuk kunyit.Biar sebentar hingga mendidih. Masukkan isi siput. Biarkan dia benar benar masak.
  • Masukkan air asam jawa dan kacau rata.Masukkan hirisan bawang besar dan cili .
  • Masukan sedikit sos tiram untuk menambah rasa kupang atau siput sudu. Siap dan makan bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment