Laksa Sarawak
merupakan sebuah juadah yang berasal dari Negeri Sarawak,Malaysia. Bahan
utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai ramuan. Ia
mempunyai sup asas mengandungi sambal belacan yang memberikannya warna seakan
kemerahan yang turut dicampur dengan santan, asam jawa, bawang putih, lengkuas,
dan serai. Di atasnya pula ditabur dengan cebisan telur goreng, hirisan ayam,
udang, dan daun ketumbar. Limau nipis juga ditambah mengikut selera individu.
Bahan-bahan seperti
tauge, hirisan tauhu goreng atau makanan laut yang lain juga ditambah mengikut
kehendak walaupun bahan-bahan tersebut bukanlah ramuan laksa yang tradisional.
Laksa Sarawak juga
turut mudah didapati di negeri-negeri jiran seperti Sabah dan Brunei
Darussalam. Hasilnya mungkin menyebabkan sesetengah untuk mempercayai bahawa
terdapat resipi laksa yang berbeza dari Sabah dan Brunei, yang sebenarnya
serupa dengan laksa Sarawak.
RESEPI
LAKSA SARAWAK
BAHAN-BAHAN
Bihun (dicelur dan
ditoskan)
Isi ayam kalau
nak sedap goreng dahulu.
Tauhu goreng
Telur dadar
Tauge (dicelur
seketika)
Cendawan hitam
(dicelur)
250g udang (dicelur)
Telur rebus
Sambal belacan dan
limau kasturi
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BELACAN
Kisar (menggunakan pengisar bahan kering) 3-4
tangkai cili merah dan 10 tangkai cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
bersama-sama 3 sudu belacan dan sedikit garam.
BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA
200g pes laksa
sarawak Haji Manan
2 liter air
200g udang tanpa
kulit – boleh juga dicincang
2 batang serai –
dititik
200ml santan pekat
Garam dan gula
secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN KUAH LAKSA
Masak 2 liter air
sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam
tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
Masukkan rempah
laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g)
untuk kuah, santan, garam, gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
CARA MENGHIDANG LAKSA SARAWAK
Sediakan mangkuk,
masukkan bihun, dan bahan-bahan laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa
dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment