Sunday, November 19, 2017

IKAN SARDIN MASAK LEMAK

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan. 

BAHAN BAHAN
1 tin ikan sardin mackerel
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
4 biji ubi kentang
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR
4 biji cili api
2 cm kunyit hidup

PROSES MASAK
1. Kupas semua ubi kentang dan bawang besar serta dipotong empat

2. Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit . Guna kan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak . Biar kan ubi kentang masak sampai empuk .

3. Masukkan semua ikan sardin makeral dan kuah nya sekali , kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan sekata. Akhir sekali rasa garam jika kurang masin tambah la garam.

No comments:

Post a Comment