Sunday, November 19, 2017

RESEPI TEMPE MASAK KICAP

Tempe ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.

BAHAN BAHAN
2 peket tempe
50 grm ikan bilis
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap


PROSES MASAK
Bawang merah, putih dan bawamg besar di mayang nips-nipis.Cili merah pun dipotong nipis-nipis. Tempe dan ikan bilis digoreng.

Tumis bawang dan cili sampai naik wangi, kemudian masukkan bawang besar, sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .

Masukkan tempe dan ikan bilis kemudian masukkan kicap dan terus mengacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan sekejap saja dah masak tempe gorang kicap ini. Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi.





No comments:

Post a Comment