Sunday, November 19, 2017

RESEPI TUMIS SOTONG KERING

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN BAHAN
300 gram sotong kering ( rendam selama 2 - 3 jam seblm masak)
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
1 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil asam jawa segera
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR
10 biji cili kering
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau, kemudian masukkan sos cili, gula, asam jawa, sos tiram dan terus kacau kuah sampai mendidih.

Masukkan sotong, bawang besar, garam dan terus mengacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air.Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

No comments:

Post a Comment