Wednesday, November 22, 2017

RESEPI KARI IKAN ALU ALU MASAK KARI DAN TERUNG

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.
BAHAN BAHAN
Ikan alu alu saiz 1Kg
3 biji terung ungu saiz kecil dibelah dua
5 biji bawang merah dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1/2 sudu kecil halba
3 tangkai daun kari dilurutkan
1 cawan santan
sedikit garam dan gula jika suka

BAHAN DIKISAR
3 biji bawang besar
1/2 inci halia
2 sudu besar rempah kari ikan (digaul dengan bahan kisar)
sedikit air asam untuk mengisar

PROSES MASAK
Tumiskan bahan-bahan hiris, halba dan daun kari hingga keperangan.Masukkan campuran bawang besar kisar dan serbuk kari. Gaul rata dan biarkan hingga pecah minyak

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah sebati rasa dan bahan-bahan tumis tadi, masukkan ikan dan gaul lagi.

Masukkan sedikit air agak-agak tenggelam ikan tadi. Bila mendidih tambahkan dengan santan dan terung.

Masak dengan dikacau sekali-sekala hingga kuah mendidih dan terung empuk. Siap

No comments:

Post a Comment