Tuesday, November 21, 2017

RESEPI MASAK LEMAK NENAS BERSAMA IKAN MASIN

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

Variasi masak lemak juga terdiri daripada jenis yang pedas, tidak pedas, savori ataupun manisan. Walau bagaimanapun, masakan manisan yang berasaskan kuah santan lebih dikenali sebagai pengat atau bubur santan berbanding masak lemak. Kini, masakan ini turut mengubah daripada penggunaan santan kepada penggunaan susu terutamanya susu cair atau susu sejat atas sebab-sebab kesihatan ataupun kemudahan untuk mendapatkan barang-barang masakan.

BAHAN BAHAN
2 ekor ikan masin potong ikut keseuaian
200 ml santan pekat
air ikut kepekatan kuah yang disukai
2 keping asam keping
2 batang serai dititik
1 mangkuk bubur nenas dipotong ikut suka
gula dan garam secukup rasa

BAHAN KISAR
5 biji cili api hijau
sedikit udang kering
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan

PROSES MASAK
Masukkan bahan-bahan yang dikisar, nenas yang dipotong, ikan masin, serai yang dititik, santan, asam keping dan air secukupnya


Masak dengan api sederhana. Kacau sekali sekala hingga masak. Rasakan masin dan manisnya.

No comments:

Post a Comment