Sunday, November 19, 2017

RESEPI JEMPUT JEMPUT JAGUNG

Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi.

Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.
BAHAN BAHAN
3 cawan tepung gandum
3 batang jagung
1 biji bawang besar
2 cawan udang kertas
1-2 biji telur
2 cawan air sejuk
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Bersihkan udang buang kepala dan ekor, potong jagung kemudian kupas bawang merah dan dimayang nipis.

2. Gaul semua bahan dalam bekas yang sesuai dan masukkan telur serta air secukupnya.

3. Masukkan garam dan kacau lagi, panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng dan boleh la digoreng sehingga masak. Angkat dan tos jemput jemput ni bila sejuk boleh dimakan dengan sosa atau kuah kacang.

No comments:

Post a Comment