Sunday, November 19, 2017

RESEPI KEPAH @REMIS MASAK TUMIS ASAM PEDAS

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.

Kebiasaannya bahan-bahan yang mesti ada ialah terdiri daripada ikan (kebiasaannya ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan terubuk), cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, kunyit hidup (jika ingin menyedapkan lagi masakan), serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut. Bahan-bahan ini hendaklah mengikut sukatan masakan.

BAHAN BAHAN
2 kilo kepah segar
2 batang serai
1 bunga kantan- dibelah dua
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum/ 1 ikat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 cm belacan

PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau.Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.

Seterusnya daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan terus masukkan semua kepah .

Masukkan garam dan gula kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Bila dah hampir masak kepah akakn keluarkan air dan akan cengkerangnya terbuka .

No comments:

Post a Comment