Tuesday, November 21, 2017

RESEPI IKAN KACI MASAK LEMAK NENAS

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air 
BAHAN BAHAN
500 gram ikan kaci dipotong ikut suka 
1/2 biji nenas saiz sederhana dikupas dan dihiris ikut suka
9 biji cili api hijau sederhana besar dikisar
5 biji bawang merah dikisar
1 biji bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
sedikit belacan dikisar
3 keping asam gelugur ( direndam dahulu )
200 ml santan kotak biru ayam brands
5 batang serai dititik
gula dan garam secukupnya

PROSES MASAK
Tumiskan bahan-bahan kisar dan serai yang dititik hingga naik bau. Masukkan asam keping dan kacau lagi.

Masukkan garam dan gula secukupnya. Bila sudah sebati, masukkan pula ikan yang telah dipotong-potong tadi. Gaul mesra. Masukkan air paras-paras ikan tadi.

Bila kuah sudah mulai mendidih masukkan santan dan nenas.


Tunggu hingga mendidih sekali lagi baru tutup api. Sambil menunggu lauk mendidih, kuah hendaklah dikacau sekejap-sekejap.

No comments:

Post a Comment